Saturday, April 25, 2009

Pengenalan kepada kajian tindakan (Action Research)

Apakah kajian tindakan?

  • Kajian tindakan adalah rancangan melibatkan langkah-langkah sistematik yang dilakukan untuk mendapatkan maklumat bagi menyelesaikan segala persoalan yang timbul dari sesuatu isu dan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kendiri individu serta kaedah pengajaran agar objektif pengajaran tercapai.
  • Kajian ini bukan sahaja dilakukan ke atas orang disekeliling malah ianya lebih tertumpu kepada individu pengkaji itu sendiri dimana topik kajiannya adalah berdasarkan kepada amalan sehariannya.
  • Ini dapat membantu pengkaji itu meningkatkan kefahaman terhadap diri mereka serta memperbaik pulih amalan-amalan yang tidak releven dengan objektif pengajaran.

Kebiasaannya, kajian ini dilakukan bila:

  • terdapat masalah berkaitan pendidikan yang perlu diselesaikan samada di peringkat darjah, sekolah, daerah dan sebagainya;
  • pendidik ingin menilai tahap kesesuaian dan keberkesanan sesuatu kaedah pengajaran;
  • pendidik ingin menilai dan memperbaiki amalan mereka dalam pengajaran;
  • pendidik ingin melibatkan diri dalam sesuatu kajian untuk memperbaiki sistem pendidikan sedia ada

Langkah-langkah terlibat untuk melakukan kajian tindakan:

  1. Tentukan persoalan yang ingin dikaji tentang sesuatu isu
  2. Membuat kajian kepustakaan untuk mendapatkan maklumat tentang isu untuk membantu membuat perancangan tentang tindakan yang akan diambil.
  3. Menentukan pendekatan kajian dimana pengkaji akan mengenalpasti maklumat-maklumat yang diperlukan termasuklah bagaimana data dikumpul, jenis data yang diperlukan dan bagaimana data itu di analisis.
  4. Melaksanakan perancangan yang telah dirancang/ mengumpul dan menganalisis data.
  5. Membincangkan dapatan dengan merujuk kepada kajian kepustakaan dan juga kesan kajian terhadap pengkaji.
  6. Melaporkan hasil kajian.
  • Contoh: Seorang pendidik ingin memperbaiki tahap penglibatan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran didalam kelas. Oleh itu, beliau telah melakukan beberapa langkah untuk mengubah suasana pembelajaran sehala kepada pembelajaran berarahkan pelajar.
  • Langkah-langkah yang diambil termasuklah:
  1. Mengenalpasti permasalahan kepada situasi tersebut. Contohnya, mengapa pelajar sukar untuk memberi pendapat didalm kelas? Bagaimana untuk menarik pelajar bercakap didalam kelas?
  2. Mencari maklumat berkaitan dengan isu tersebut dengan membuat kajian pepustakaan. Maklumat-maklumat ini boleh diperolehi dari buku-buku, jurnal, artikel, majalah dan sebagainya.
  3. Daripada maklumat yang telah diperolehi, langkah seterusnya adalah menentukan pendekatan kajian yang bersesuaian. Contohnya menggunakan beberapa kaedah dan menilai tahap keberkesanan setiap kaedah tersebut termasuklah membuat kumpulan belajar kecil, perbincangan dua hala dan aplikasi teori peneguhan serta hukuman didalam kelas.
  4. Data-data dikumpul dan dianalisis berdasarkan kepada penilaian yang dilakukan sebelum, semasa dan juga selepas sesi pengajaran. Contohnya, melakukan penilaian formatif termasuklah menyoal secara lisan atau bertulis.
  5. Membincangkan hasil dapatan kajian serta kesan kaedah yang digunakan terhadap pencapaian pelajar.
  6. Membuat laporan tentang kajian yang telah dijalankan untuk rujukan pada msa akan datang.

Terdapat beberapa ciri kajian tindakan iaitu:

  1. Fokus kepada praktikal termasuklah amalan didalm bilik darjah, sekolah dan masyarakat
  2. Pendidik sebagai pengkaji amalan sendiri iaitu pendidik itu menilai melalui refleksi terhadap kaedah dan strategi pengajaran mereka didalam bilik darjah.
  3. Melibatkan kerjasama daripada pelajar, guru-guru, ibu bapa, sekolah serta masyarakat.
  4. Satu proses yang dinamik dimana langkah-langkah yang terlibat didalm kajian ini adalah berulang sehinggalah keputusan yang dicapai memenuhi objektif kajian dan ianya tidak hanya tertumpu kepada penyelesaian tetapi lebih kepada membaikpulih.
  5. Berkongsi hasil kajian dengan orang lain dan komuniti.