Monday, May 25, 2009

ulassan jurnal

Ulasan Artikel Jurnal Kajian Tindakan 2

Saturday, May 23, 2009

Ulasan Buku

ULASAN BUKU

ulasan buku (Tugasan 1)

Wednesday, May 13, 2009

Kuliah 4 (Kajian Kepustakaan)

Sorotan literatur adalah penting dalam memberikan idea dan menentukan hala tuju sebelum memulakan sesuatu kajian termasuklah kajian tindakan.

Apakah itu sorotan literatur?

  • Aktiviti tinjauan/ sorotan keatas bahan- bahan bertulis yang berkaitan dengan topik penyelidikan yang ingin dilakukan.
  • Bahan-bahan bertulis boleh dibahagikan kepada dua iaitu sumber primer yang merangkumi jurnal, artikel, abstrak tesis dan sebagainya manakala sumber sekunder merangkumi buku, ensiklopedia dan sebagainya.
Bagi sesetengah orang, sumber sekunder merupakan titik permulaan yang baik dalam proses pencarian maklumat kerana ia dapat memberi gambaran yang lebih luas tentang sesuatu masalah atau topik yang ingin dikaji. Seterusnya, sumber primer digunakan untuk mengukuh dan memantapkan sesuatu idea atau dapatan yang diperolehi sebelumnya.

Aktiviti ini bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh di lakukan tanpa perancangan kerana ianya tidak boleh disalin/ dipotong dan tampal dari sesuatu bahan begitu sahaja. Ianya tidak boleh dilakukan setelah permasalahan kajian di bentuk dan objektif kajian di gubal dan berhenti setelah data di kumpul. Ini kerana setiap langkah yang terlibat didalam kajian tindakan berkait dengan sorotan literatur.

Kenapa sorotan literatur penting?
  • mengetahui status kajian itu diluar.
  • untuk mengenalpasti sesuatu topik, menumpukan fokusnya dan mendapatkan maklumat bagi mengembangkan sesuatu reka bentuk kajian yang mana membolehkan penyelidik mengenal pasti apa yang boleh dan perlu dilakukan.
  • sebagai panduan untuk menjalankan penyelidikan seperti persoalan kajian, kaedah mengumpul data dan membuat analisis melalui rujukan keatas kajian-kajian yang telah dijalankan oleh orang sebelumnya.
  • menguatkan penemuan kajian dan hujah penyelidik dengan mengaitkan kajian yang telah di jalankan sebelumnya oleh orang lain untuk menghasilkan satu kajian yang lebih efisien dan efektif.
Terdapat beberapa perkara yang terlibat dalam sorotan literatur iaitu:

1) Membanding dan membezakan
  • Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri-ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu ojek atau peristiwa
  • Digunakan apabila terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan atau apabila membuat keputusan/ pilihan.
  • Kaedah ini digunakan dengan memerhatikan dan memberi tumpuan kepada satu atau beberapa ciri kajian tindakan (sampel, seting,prosedur, pegumpulan data dan penganalisisan data) dan mengenalpasti persamaan serta perbezaan.
2) Menganalisis
  • Mengolah maklumat dengan mengubahsuaikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
  • Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian tertentu, memahami hubung kait antara bahagian dan mengenali prinsip-prinsip yang terlibat.
  • Menganalisis ialah suatu kemahiran yang kompleks meggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.
3) Menilai
  • Membuat pertimbangan sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.
  • Digunakan untuk membuat keputusan bagi memilih, menerima atau menolak sesuatu idea.
4) Membuat kesimpulan
  • Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
  • Digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokon pernyataan.
5) Mensintesis
  • Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan.


Sumber:

  1. Sorotan literatur. Dicapai pada 10 Mac 2009 dari www.ppl.upm.edu.my/index2.php?option=com_docman&task=doc-view&gid=3047&Itemid=176
  2. Kajian Literatur dan Sumber Eletronik dalam Penyelidikan Pendidikan. Tengku Zawawi Tengku Zainal. Dicapai pada 10 Mac 2009 dari http://kuwi.tripod.com/literatur.html

Tuesday, May 12, 2009

Aktiviti 3 (Kumpulan)

Ahli kumpulan:



  1. Nadiah Yusof (P48681)

  2. Normahidayu Mohd Nordin (P48642)

  3. Siti Khadijah Rafli (P47691)


Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaiannya.


Sebab-sebab perubahan ditentang adalah seperti berikut:

  1. Ketidakpastian tentang kesan perubahan menyebabkan ketakutan dan kerisauan dalam sesetengah individu.
  2. Tidak memahami sebab dan tujuan perubahan yang akan dilaksanakan.
  3. Perubahan tersebut dikhuatiri akan menjejaskan adat atau kepercayaan sesuatu kaum.
  4. Tidak mahu menukar kebiasaan mereka yang dirasakan selesa, selamat dan terjamin.
  5. Kesan daripada perubahan yang akan dilaksanakan mungkin menyebabkan berlakunya pengurangan kuasa.
  6. Perbezaan tahap pendidikan menyebabkan pemikiran tentang sesuatu perubahan dilihat pada sudut negatif.
  7. Percanggahan ideologi tentang sesuatu perubahan.
  8. Kurang mendapat dorongan dan motivasi untuk menerima perubahan.

Cara penyelesaian:

  1. Memberi jaminan dan pandangan positif tentang perubahan yang dilakukan.
  2. Perubahan yang ingin dilakukan perlulah dijelaskan matlamat dan tujuannya dengan jelas bagi mengelakkan timbulnya prasangka buruk.
  3. Perubahan yang ingin dilkukan perlulah dirancang dengan teliti agar tiada sentimen perkauman didalamnya dan seharusnya adalah untuk kebaikan manusia sejagat.
  4. Menerapkan perubahan itu secara berperingkat agar mereka dapat menerimanya tanpa kejutan.
  5. Menerangkan kepada mereka bahawa perubahan itu adalah untuk kebaikan bersama bagi memastikan kelangsungan globalisasi dan menerimanya secara positif. Pengurangan kuasa berkurang bukan bermaksud mereka tidak boleh memberikan pendapat tentang sesuatu isu. Gabungan idea/ pandangan daripada baru dan lama pastinya akan menghasilkan idea yang lebih bernas.
  6. Memberikan penerangan yang lebih terperinci dalam bentuk yang lebih mudah agar dapat difahami oleh mereka yang kurang berpendidikan selain membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan mereka memahami tujuan perubahan serta perubahan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
  7. Menerapkan sikap tolak ansur dan bertimbang rasa melalui program-program kemasyarakatan.
  8. Memberi motivasi dalam bentuk galakan, pemantauan dan juga penghargaan akan mendorong seseorang untuk menerima perubahan