Sunday, May 3, 2009

Langkah-langkah terlibat dalam kajian tindakan (sambungan...)

Model Spiral dalam kajian tindakan





Didalam post sebelum ini, saya telah membincangkan secara ringkas tentang kajian tindakan dan langkah-langkah terlibat. Pada kali ini, saya ingin menyentuh sedikit tentang salah satu model dalam kajian tindakan iaitu Model Spiral.

Berdasarkan model ini (gambarajah), kajian tindakan bolehlah diringkaskan sseperti berikut:


Langkah 1: Perancangan

Sebelum merancang sesuatu tindakan, kajian tindakan bermula dengan pengenalpastian masalah. Mengikut Barret dan Whitehead (1985), pengenalpastian masalah boleh dimulakan dengan bertanya mengunakan penyoalan W dan H. Beberapa contoh soalan yang boleh ditanya pada diri ialah:
  • What is my concern?
  • What I could do about it?
  • What kind of evidence could I collect to help me make some judgement about what is happening?
  • How would I collect such evidence?
  • How would I check that my judgement about what has happened is reasonable, fair and accurate?
  • What can I investigate through action research?

Seterusnya ialah mengemukakan soalan kajian. Bagi seorang yang novis dalam kajian tindakan mungkin akan menghadapi sedikit masalah dalam mengemukakan persoalan kajian. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan yang boleh digunakan. Antaranya ialah:

  • Saya ingin memperbaiki .................
  • Saya benar-benar tertanya-tanya tentang ...........
  • Saya ingin belajar dengan lebih lanjut tentang ............
  • Saya ingin mencuba keberkesanan idea baru tentang .................. didalam kelas
  • Saya tidak faham kenapa pelajar saya sukar melibatkan diri dalam pembelajaran dalam kelas?
  • dan lain-lain lagi..

Setelah itu, barulah kita merancang tindakan yang bakal dilakukan yang mana meliputi kaedah dan reka bentuk kajian yang akan digunakan untuk membuat refleksi keatas persoalan kajian.

Langkah 2: Bertindak

  • Setelah kita membuat perancangan, langkah seterusnya ialah melaksanakan apa yang telah kita rancangkan.
Langkah 3: Memerhati
  • Sepanjang kita melaksanakan perancangan kita, pemerhatian/pemantauan perlulah dilakukan. Langkah ini adalah penting kerana ianya merupakan sumber data yang akan kita gunakan untuk analisa tentang keberkesanan sesuatu tindakan. Ini termasuklah mencatat apa yang berlaku serta kritikan dan cadangan daripada responden mahupun rakan sekerja sepanjang pelaksanaan perancangan berlangsung. Perlu diingatkan bahawa kaedah yang kita gunakan untuk mengumpul data haruslah mejawab persoalan kajian kita.
Langkah 4: Refleksi
  • Semasa refleksi, kita membuat analisis terhadap dapatan tindakan yang telah kita laksanakan. Analisis yang kita jalankan akan membantu kita dalam menentukan perancangan baru serta perubahan yang bakal berlaku dalam persoalan kajian kita ke arah yang lebih lebih baik. Sekiranya hasil analisis tidak memuaskan, perancangan yang sedia ada akan dikaji semula dan proses kajian yang terlibat termasuklah bertindak, memerhati dan refleksi akan berulang sehinggalah ianya memuaskan persoalan kajian kita. Walaubagaimana pun, hasil yang diperolehi tidak semestinya kekal untuk selama-lamanya tetapi ianya akan berterusan selagi keadaan di persekitaran kita juga berubah.

0 comments: