Sunday, May 3, 2009

Aktiviti 1 (Refleksi BIG II)

Setelah mengikuti Bina Insan Guru II, masalah utama yang saya dapat kenalpasti ada dalam diri saya ialah kesukaran untuk bekerjasama dalam kumpulan besar serta kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai.



Untuk itu, saya telah menetapkan matlamat umum dan juga beberapa objektif yang perlu saya capai dalam jangkamasa 3 bulan ini.

Matlamat umum:

  • meningkatkan komunikasi dengan rakan-rakan DPLI dan masyarakat sekitar serta kepercayaan terhadap diri sendiri.

Objektif:

  • menjadi seorang yang lebih terbuka dan membuang sifat rendah diri

Rancangan Tindakan

Langkah-langkah yang akan diambil:

  • melibatkan diri dengan lebih banyak aktiviti dan perbincangan bersama. Bukan sahaja dengan rakan yang rapat tetapi juga dengan pelajar lain.
  • Melibatkan diri secara aktif dengan aktiviti bersama masyarakat. Antaranya adalah perancangan penglibatan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat.
  • Menjadi seorang yang lebih kreatif dan mengurangkan rasa ragu-ragu terhadap diri. Oleh itu, saya telah membuat pembacaan beberapa artikel dan akan melakukan aktiviti yang telah dicadangkan. Antaranya ialah:
  1. Mempelajari lebih banyak bahasa. Buat masa sekarang, saya hanya menumpukan untuk memperbaiki bahasa Inggeris dengan memperbanyakkan perbendaharaan kata dan juga memperbaiki tatabahasa.
  2. Membuat aktiviti yang melibatkan kedua-dua otak kiri dan kanan. Aktiviti-aktiviti tersebut termasuklah belajar menulis dan melukis dengan tangan yang bukan kebiasaan saya gunakan.

Pengumpulan data:

  • Aktiviti yang di lakukan akan dicatat setiap perkembangannya.
  • Menemubual rakan-rakan yang rapat dan rakan-rakan aktiviti.

Penilaian

  • Menilai semua aktiviti yang terlibat dan membuat refleksi setiap aktiviti serta kritikan daripada rakan untuk mengetahui tahap pencapaian objektif.

0 comments: