Sunday, May 3, 2009

Aktiviti 2 (Kumpulan)

Ahli kumpulan:

Ketua : Nadiah Yusof (P48681)
Pencatat : Normahidayu Mohd Nordin (P48642)
Pembentang: Siti Khadijah Rafli (P48691)

Setelah mengikuti dan mempelajari kursus Kaedah Mengajar pada semester lepas, refleksi ke atas masalah/penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran suatu tajuk dapat dilakukan. Contoh:

Tajuk : Mitosis

Didalam tajuk ini, beberapa masalah telah dikenalpasti iaitu:

  1. Pelajar sukar membayangkan/menggambarkan peringkat-peringkat yang terlibat dalam proses mitosis.
  2. Pelajar sukar untuk membezakan terminologi berkenaan dengan kromosom. Contohnya keliru untuk membezakan antara kromatin , kromatid dan kromosom.
  3. Pelajar sukar untuk mengingat susunan/turutan yang terlibat semasa proses mitosis.

Beberapa cadangkan strategi/kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah tersebut telah dirancang. Antaranya ialah:

  1. Pelajar dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada 4 orang pelajar. Setiap kumpulan dikehendaki untuk membuat simulasi/ lakonan bagi menggambarkan peringkat-peringkat dalam mitosis.
  2. Guru menggunakan kaedah pembelajaran kooperatif (Jigsaw) di mana setiap ahli kumpulan yang terdiri daripada empat orang pelajar diberikan peringkat mitosis yang berbeza. Kemudian, ahli kumpulan yang mendapat peringkat yang sama berbincang tentang ciri-ciri serta terminologi yang ada didalam peringkat yang dibincangkan. Kemudian, ahli kumpulan tadi akan kembali kepada kumpulan asal untuk memberi penerangan berikutnya kepada ahli kumpulan mereka. Untuk memastikan keberkesanannya, guru boleh menguji dengan melakukan ujian atau kuiz.
  3. Untuk mengingati turutan peringkat dalam mitosis pula, guru boleh menggunkan kaedah mnemonik. Guru boleh menyuruh pelajar membina sendiri singkatan perkataan bagi setiap peringkat. Contohnya P MAT untuk Prophase, Metaphase, Anaphase dan Telophase.

0 comments: