Sunday, May 10, 2009

Kuliah 3 (Pengurusan Pengubahan Dalam Pendidikan)

Pengenalan


  • Bidang pendidikan merupakan satu bidang yang dinamik iatu sentiasa berubah.
  • Perubahan itu termasuklah berlakunya pertambahan ilmu melalui kajian-kajian yang di jalankan, perubahan polisi dan dasar pendidikan serta perubahan dalam organisasi yang terlibat.
  • Perubahan ini adalah berterusan dan mengikut keperluan semasa.
  • Perubahan kadang-kala akan menimbulkan rasa ragu-ragu dan tidak pasti serta menghilangkan sebahagian kesukaan kita menyebabkan sebahagian kita takut untuk menghadapi perubahan.
  • Walaubagaimana pun, perubahan yang telah, sedang dan bakal berlaku menjadi faktor utama untuk menyediakan kita menghadapi cabaran dan persaingan global.

Jenis-jenis perubahan

Mengikut Dessler (1995), terdapat empat perubahan yang berlaku dalam sesuatu organisasi iaitu:


1. Perubahan kearah peningkatan

  • memberi kesan kepada komponen tertentu didalam sesebuah organisasi

2. Perubahan strategik organisasi

  • perubahan yang diakibatkan oleh persekitaran berubah
  • mengakibatkan keseluruhan organisasi termasuklah definisi semula peranan dan nilai-nilai teras, pembentukan semula misi/ polisi, perubahan struktur dan strategi organisasi.

3. Perubahan yang reaktif

  • Perubahan ini berlaku apabila wujudnya tekanan/ rangsangan luar seperti tindak balas pelanggan atau pihak berkepentingan (stakeholders) terhadap isu-isu semasa dan etika.
  • Rangsangan yang tercetus akan mendorong sesuatu organisasi untuk melakukan perubahan bagi memastikan organisasi tersebut beradaptasi dengan sesuatu isu.
  • Cth: PPSMI yang mana dilaksanakan kerana kurangnya graduan berkemahiran untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris bagi memenuhi tuntutan pasaran kerja.

4. Perubahan akibat daripada jangkaan

  • Berlaku kerana terdapatnya kesedaran dikalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetitif.
  • Namun, perubahan ini bukanlah disebabkan oleh desakan pelanggan/ orang berkepentingan.
  • Antara faktor-faktor mendorong perubahan ialah:

i. Persiapan menghadapi pesaing baru yang akan muncul

ii. persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan keatas kehendak pelanggan

iii. penciptaan teknologi baru yang memerlukan organisasi berubah

iv. persiapan menghadapi perubahan polisi kerajaan

v. perubahan dalam budaya tenaga kerja

Ciri-ciri perubahan

  1. Kompleks
  • dikaitkan dengan proses evolusi dan revolusi
  • evolusi - perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dan mengambil masa yang panjang dan menyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo (current or existing affairs)
  • revolusi - perubahan yang pantas dan kebiasaannya akan meninggalkan kesan yang membinasakan
  • kompleksiti @ kerumitan perubahan merupkan fokus bagi mendapatkan maklumat tentang perubahan dan tindakan ynag eprlu diambil untuk melaksanakan perubahan.

2. Multidimensi

  • Sebarang keputusan ynag diambil untuk membuat perubahan perlu mengambil kira beberapa pertimbangan.
  • Pertimbangan pertama ialah dimensi berkaitan perubahan yang mnaa merangkumi tujuan yang ingin di capai bagi menambahbaik sistem sedia ada. Penambahbaikan ini melibatkan dua jenis pindaan iaitu pindaan primer dan juga sekunder.
  • Pindaan primer melibatkan perubahan yang dibuat untuk kembali kepada keadaan asal yang diinginkan atau untuk meningkatkan pencapaian serta keadaan sistem tanpa mengubahnya.
  • Pindaan sekunder pula merupakan pindaan yang dilakukan secara drastik dalam sesuatu sistem seperti matlamat, kedudukan dan corak perhubungan sistem tersebut (Barrot & Raybould, 1998). Contohnya ialah pembestarian sekolah.
  • Pertimbangan kedua ialah unit perubahan yang merujuk kepada fokus utama sesuatu perubhan yang dirancng. Unit-unit tersebut termasuklah individu, kumpulan, jabatan, organisasi, sistem organisasi dan juga komuniti. Dalam melaksanakan perubahan, inut perubahan akan berganjak daripada individu iaitu unit plaing kecil kepada unit lebih besar iatu komuniti.
  • Pertimbangan ketiga ialah sifat perubahan. Daft (1983) menyatkan bahawa untuk mneghasilkan perubahan pada unit yang lebih besar, perubahan pada peringkat lebih kecil iatu individu perlulah dilaksanakan terlebh dahulu. Perubahan individu termasuklah sikap atau tingkah-laku atau kedua-duanya sekali.
  • Pertimbangan keempat ialah magnitud perubahan. Ini merujuk kepada sejauh mana perubahan yang dirancang akan dilaksanakan. Perubahan yang memberi impak besar selalu dikaitkan dengan perubahan yang komprehensif, sistematik dan dalam skala besar. Walau pun perubahan ini selalunya memberi hasilan yang lebih baik namun ianya sukar dilaksanakan. Manakala perubahan yang berlaku dalam skala lebih kecil adalah lebih mudah dilaksanakan walaupun impak yang diberikan sedikit dan mengambil masa yang lebbih panjang (Chambers, 1977). Tambahan pula, perancangan yag dilakukan selalunya akan dintervensi oleh perkara-perkara yang tak terjangka (Teori ketidaktentuan).
  • Pertimbangan kelima adalah skop perubahan yang mana melibatkan sejauh mana penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan kaedah-kaedah penilaian seperti kaedah triangulasi, pemerhatian dan sebagainya.
  • Pertimbangan keenam adalah jangka masa perubahan. Sesuatu perubahan yang dilaksanakan dianggap berjaya dilaksanakan sekiranya memberi kesan yang kekal berbanding yang memberi kesan sementara. Namun terdapat pandangan yang berbeza dari segi hubungan masa dan kesan perubahan.
  • Mengikut Kottler (2001), beliau mengenal pasti 3 jenis perubahan yang dialami oleh pelanggannya dalam jangka masa yang pendek. Pertama, perubahan secara spontan yang mana ianya tidak kekal dan akan kembali kepada sikap asal bila kesannya luput. Kedua, perubahan minima berlaku apabila ada penentangan awal. Ketiga, perubahn berterusan adalah perubahan yang stabil, progresif dan kekal.
  • Manakala Chambers (1977) pula berpendapat perubahan itu berbentuk kitaran yang mana setiap kitaran dijangka berakhir dalam tempoh 10-15 tahun dan setiap kitaran bermula dengan tekanan dan diikuti dengan pengubahsuaian terhadap perubahan yang dilaksanakan.

Mengikut Michael Fullan ( 1998 ), beliau berpendapat tekanan yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan ialah :

  1. Tekanan daripada persekitaran yang kompleks
  2. Sekolah tidak boleh dipisahkan daripada dunia luar. Sekolah tidak boleh memutuskan komunikasi dengan masyarakat sekelilingnya.
  3. Adanya kepelbagaian yang memerlukan lebih banyak flekxibiliti. Dunia ini semakin rencam sifatnya.
  4. Kejuruteraan dan teknologi komputer serta teknologi komunikasi telah merobohkan dinding sekolah.
  5. Sekolah merupakan harapan terakhir untuk menyelamatkan dan mencipta semula masyarakat.
  6. Guru-guru boleh buat daripada membantu ke arah generasi cemerlang di masa hadapan.
  7. Pendidikan adalah penting untuk demokrasi. Warganegara yang berpendidikan sebenarya lebih mudah untuk diuruskan.
  8. Pertandingan pasaran, pilihan keluarga dan pengurusan individu sendiri.
  9. Peluang pekerjaan. Pendidikan merupakan platfom utama sebagai persiapan mengeluarkan tenaga kerja mahir dan berhemah tinggi. Sungguhpun robot boleh menggantikan tenaga kerja manusia, tetapi manusia lebih kreatif dan mudah diubahsuai.
  10. Struktur yang sedia ada amat bercelaru.

Objektif Perubahan Pendidikan


Pendidikan dilihat sebagai satu agen pembentuk masyarakat yang penting yang mana merupakan manifestasi bagi sesebuah negara. Lantaran itu, perubahan dalam sistem pendidikan mengikut perkembangan dunia adalah penting. Pelbagai faktor dilihat bagi menentukan keputusan perubahan yang terbaik dan sesuai dengan kehendak serta norma masyarakat. Persoalan berkaitan dengan perubahan ini ialah :

  • Siapa yang akan mendapat keuntungan dan faedah daripada perubahan yang dilakukan.
  • Bagaimana idea tentang perubahan itu disebarkan dan diterima oleh masyarakat umum.
  • Biasanya perubahan pendidikan mempunyai objektif perubahan yang jelas. Namun begitu maksud dan matlamat perubahan itu tidak begitu disenangi atas beberapa alasan tertentu. (Sila rujuk aktiviti 3)

Berikut ialah beberapa objektif perubahan pendidikan

  1. Mengurangkan konflik -Persekitaran masyarakat dalam sesebuah negara semakin kompleks. Pelbagai faktor yang ada akan menimbulkan persaingan sengit untuk merebut peluang-peluang dan sumber yang terhad. Faktor-faktor seperti ekonomi, teknologi, politik dan sosio budaya akan meningkatkan konflik di dalam masyarakat. Kecekapan menguruskan masyarakat majmuk dan kompleks seperti di Malaysia memerlukan perubahan pendidikan kerana pendidikan merupakan agen perubahan masyarakat yang penting.
  2. Meningkatkan Daya Pengeluaran - Pengetahuan dan kemahiran rakyat sesebuah negara perlu ditingkatkan mengikut peredaran masa. Apabila ilmu setiap warga negara meningkat , produktiviti akan meningkat. Dalam sesebuah organisasi , kecekapan dan prestasi pekerja akan meningkat . Hasilnya ialah proktiviti meningkat dan pendapatan negara akan bertambah.James Worthy menyatakan kerjasama di kalangan pekerja akan bertambah sekiranya perubahan struktur dilakukan. Perlu ada tindakan pengurangan pengkhususan individu .
  3. Meningkatkan motivasi - Motivasi luaran dan dalaman menyumbang kepada peningkatan penerimaan perubahan. Semakin besar motivasi dalaman semakin tinggi percubaan untuk menerima perubahan. Peranan pentadbir adalah memberikan motivasi yang tinggi dan sentiasa memastikan setiap pekerjanya bermotivasi tinggi. Perubahan sukar dilakukan jika pekerja mempunyai motivasi yang rendah.


Cara Menguruskan Perubahan

  • Kegagalan perubahan mungkin dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu kesesuaian inovasi pendidikan yang hendak diterapkan dan kecuaian semasa melaksanakan inovasi pendidikan.
  • Perubahan perlu ditangani dengan cara berikut iaitu :
  1. Perancang dan penggubal dasar pendidikan mestilah menyokong inovasi dan juga mestilah berfikir secara intergratif.
  2. Struktur organisasi pendidikan mestilah dijadikan leper. Komunikasi di antara kakitangan menjadi lebih mudah. Tahap atau lapisan struktur yang tidak perlu hendaklah dikeluarkan.
  3. Komunikasi mestilah di pertingkatkan terutamanya merentas organisasi dan mobiliti staf perlu digalakkan
  4. Pihak pengurusan pendidikan perlu menonjolkan pencapaian dan kejayaan . Budaya kebanggaan perlu disemai.
  5. Rancangan perubahan pendidikan perlu dihebahkan lebih awal dan luas untuk membolehkan masyarakat dapat membuat cadangan dan menyumbang sebelum keputusan dibuat.

Peringkat Perubahan

Keseimbangan akan wujud apabila adanya desakan perubahan di satu pihak dan kuasa yang menolak perubahan di pihak yang satu lagi. Keseimbangan akan terpelihara dengan menggerakkan kuasa dan menghalang kuasa (Kurt Lewin).
Perubahan akan melibatkan 3 proses iaitu pencairan, pergerakan atau perubahan dan pembekuan semula.

  1. Peringkat pencairan
    Pada peringkat ini, menyediakan dorongan dan motivasi kepada unit-unit perubahan bagi memastikan mereka bersedia untuk melaksanakan perubahan. Jika wujud perasaan tidak selesa dengan situasi sekarang, kita mungkin merasakan keperluan terhadap perubahan.
  2. Peringkat Perubahan
    Peringkat ini adalah peringkat perubahan itu sendiri. Perubahan yang berlaku melibatkan penerimaan maklumat baru, semua pihak didedahkan kepada konsep baru dan lebih telus atau melihat pada situasi dari sudut pandangan yang berlainan.
  3. Peringkat Pembekuan semula
    Sebarang pergolakan yang berlaku perlu dibekukan atau dihapuskan. Perubahan banyak melibatkan kelakuan manusia. Jika perubahan tidak sejajar dengan sikap dan kelakuan orang lain, kemungkinan perubahan yang dibuat tidak menjadi atau tidak berkesan. Oleh itu pengukuhan kelakuan baru amatlah penting bagi menstabilkan perubahan yang telah dilaksanakan.

Model-model Perubahan

Disini dapat di nyatakan 4 contoh model perubahan.

  1. Model penggabungan Roger
  • Proses inovasi bermula bila masalah atau keperluan di kenalpasti
  • Pengenalpastian ini adalah berdasarkan kepada penyelidikan, keadaan semasa, kerja makmal atau jangkaan yang akan datang.
  • Setelah masalah/ keperluan di kenalpasti, peyelidik menyiasat permasalahan tersebut dan langkah-langkah penyelesaiannya.
  • Fasa ini banyak melibatkan eksperimentasi dan ciptaan yang banyak dan akhirnya mencipta inovasi.
  • Inovasi yang terhasil tidak semestinya terhasil daripada jawapan yang ditemui bagi menjawab permasalahan yang timbul tetapi ianya dikatakan sebagai knowing in action yang mana inpvasi dihasilkan melalui pengalaman yang dilalui sepanjang proses kajian dan ianya adalah penting dalam perubahan pendidikan.

2. Model Kanter (1998)

  • Beliau menegaskan bahawa struktur dan inovasi boleh difahami dengan lebih baik sekiranya proses invasi di bahagikan kepada beberapa tugas utama iaitu penjanaan idea, membina idea, realisasi/ pelaksanaan idea dan pemindahan idea.

3. Model Rand (1973-1978)

  • Model ini lebih menekankan kepada faktor yang menyebabkan atau menghalang verlakunya perubahan dalam pendidikan.
  • Kajian ini memandu kearah pengimpulan dan analisis data
  • Mengikut Berman & Mclaughlin, proses perubahan disekolah melibatkan tiga langkah iaitu daya usaha, pelaksanaan dan penggabungan.

4. Model ACOT (Apple Classroom of Tomorrow)

  • Model ini adalah berdasarkan kepada kajian tentang penggunaan komputer didalam bilik darjah.
  • Pengkaji beroendapat bahawa kehendak perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran berkembang secara beransur-ansur.
  • Terdapat 5 langkah yang terlibat iaitu; (i) mamasukkan; (ii) memilih; (iii) menyesuaikan; (iv) penggunaan dan (v) mereka cipta.

Sumber:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan_Pendidikan

0 comments: